Come fly with me, let's fly let's fly away..., If you can use some exotic booze, there's a bar in far Bombay....
Monday, June 14, 2010
KONVOI AMAL KL-GERIK-YALA BERAKHIR
Di sebalik semua cabaran dan dugaan, Konvoi Amal kita berakhir. Saya difahamkan 6 jalopy mengalami kerosakan, termasuk trak Skuad 939. Namun, dengan bantuan rakan-rakan SCS, masalah dapat diselesaikan.
Salam takziah kepada SC2-TL, Mejar Tamat, atas pemergian XYL beliau di Pengkalan Hulu. Saya begitu terkesan dan teramat sedih mendengar apa yang berlaku. Namun, Allah Taala lebih mengasihi beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman. Saya pasti doa kita semua mengiringi Allahyarhamah.
Konvoi Amal berjaya menghantar semua bantuan kepada anak-anak yatim. Syukur usaha kita menepati sasaran. Saya hiba bila di Rumah Anak-anak Yatim Ummu Salamah. Tak sangka rupa-rupanya Kg Padang Lalang tersebut merupakan tempat XYL saya dibesarkan. Empunya rumah di belakang Despo (kini wokshop Nur Salam) rupa-rupanya juga rakan baik kepada ibut mentua saya. Pak Ngah, Abg Sabri... saya pasti akan ke sana lagi menjelang Aidilfitri ini.
Selepas bersama Konvoi di Gerik, saya terpaksa berangkat ke Taiping untuk menghadiri mesyuarat bersama Ketua Eksekutif NCIA dan Exco Perak. Setelah sesat larat, akhirnya sampai di Taiping pada pukul 6 petang. Mesyuarat selesai pukul 10 malam dengan sukses. Syukur NCIA bersetuju menaja BR24 dengan program istimewa.
Bermalam di Kamunting, kemudian pada hari Sabtu bertolak pulang ke KL. Sempat naik ke CH melalui Simpang Pulai. Hasrat untuk menguji pengulang di Gn. Brinchang. Namun, gagal. Hujan lebat, macet dan setelah scan, tiada isyarat mahupun audio. Kesian rakan Skuad 93-10 yang dilanda 'motion sickness'!
Terima kasih kepada SCS Communication & Event, teristimewa kepada Dato' Leck, Pak Razif dan Kilo Mike.... Terima kasih kepada Kelab Kembara Pacuan Empat Roda Selangor, dan PPIM.
Jumpa dan jumpa lagi.
73
p/s: Stress juga sebab antenna telescopic diamond saya yg mencecah langit sudah seakan patah. Inilah akibatnya 'bermain' antenna dan disindir 'memancing ikan'.... alahai sedih. Saya akan terus memartabatkan penggunaan radio amatur dua hala ini....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment